hazim-sastera.blogspot.com
Isnin, 23 Ogos 2010
PUSARAN


Tema
- Kasih sayang yang begitu mendalam dan sukar untuk dipecah- beraikan kerana terpupuknya pemahaman hati dan jiwa antara dua insan, ibarat labah- labah cinta kepada telurnya.
- Ini dapat dilihat oleh perlakuan Junid dan Pusaran antara satu sama lain kerana mereka berdua begitu erat sekali sehinggakan boleh dikatakan ibarat kuku dan isi, susah untuk dipisahkan. Mereka pun seperti sikap pasangan kembar; di mana kalau satu sakit, manakala lagi satu pun turut sakit. Apabila satu berunsur pulih, manaka lagi satu pun turut pulih.

Persoalan- persoalan
- Persahabatan itu tidak semestinya berkhusus dengan manusia sahaja.
- Keprihatinan ibubapa terhadap anaknya.
- Pemikiran sempit masyarakat kampung bahawa pelajaran tidak perlu hingga ke menara gading.
- Permintaan seorang anak seringkali ditunaikan oleh ibubapa disebabkan sayang.
- Sebuah pendirian itu harus disetujui semua dan berfikiran sepakat supaya tidak mengancam keadaan di sekeliling.

Nilai- nilai
- Persahabatan itu tidak semestinya dengan manusia sahaja.
- Perundingan itu penting dalam melaksanakan apapun.

Perwatakan
- Junid
- Seorang budak yang berumur kira- kira enam tahun.
- Penyayang, terutama sekali kepada Pusaran
- Suka mendesak ayahnya Mohsin demi keselamatan Pusaran.

- Pusaran
- Seekor lembu yang tambun.
- Manja, selalu bermain dengan Junid yang selalu menggosok- gosok lehernya itu.
- Tidak patuh kepada perintah, Junid akan memukulnya dengan perlahan kerana makan padi orang tua atau masuk ke kandang agak lambat.
- Memahami perasaan tuannya dan tahu membalas kasih sayang manusia.

- Mohsin dan Musalmah
- Ibubapa kepada Junid.
- Cepat mengalah, ibarat kerbau yang dicucuk hidungnya.
- Prihatin tentang kesihatan anaknya.
- Bersikap ragu- ragu dan curiga apabila Junid bersama Pusaran dan begitu bahagia.




Latar
-
- Tempat:-
- Kampung Melayu
- Kandang Pusaran
- Masjid dan sekolah Junid

- Masa:-
- Mungkin sediakala; tidak diterangkan.

{ 6:31 PG }!


HIKAYAT MAT JENIN


Tema
- ‘Susah dahulu, senang kemudian’
- Seseorang itu akan mengecapi kejayaan sekiranya bekerja keras dan tidak berputus asa untuk mencuba dan terus yakin.

Persoalan- persoalan
- Kalau hendak berjaya, hendaklah bermula daripada bawah dan berusaha.
- Keikhlasan hati untuk membuat sesuatu pastinya ada ganjaran setimpal.
- Sikap tolong- menolong dalam masyarakat.
- Nasihat orang tua itu adalah pendorong bagi jalan kemajuan.

Nilai- nilai
- Bersungguh- sungguh dan cekal hati untuk meraih kejayaan.
- Taati nasihat orang tua kerana mereka lebih berpengalaman.
- Merendah diri walau apapun situasi.

Perwatakan
- Mat Jenin
- Watak utama dalam cerpen ini.
- Seseorang yang tabah, cekal hati dan tidak berputus asa.
- Berhijrah ke kota untuk mencuba nasib di sana.
- Bekera kera lalu membuka restoran tersendiri dan pelanggan kian meningkat demi masa.
- Tertarik kepada Raja Nor Mustaqimah lalu melamarnya untuk dijadikan isteri.
- Akhirnya mengahwini Raja Nor Mustaqimah dan mendapat anak serta mempunyai tiga buah restoran miliknya sendiri kerana berkat gigih dan ikhlas bekerja.

- Cikgu Rosli
- Guru Mat Jenin sewaktu dia Tingkatan Tiga.
- Belajar di universiti.
- Pendorong dan penasihat bagi Mat Jenin.
- Baik hati.
- Ikhlas.
- Berpengalaman dalam kehidupan.

- Haji Sapudin
- Abang kepada Cikgu Rosli.
- Berniaga di kota.
- Menjadi guru kepada Mat Jenin selain daripada majikan Mat Jenin.
- Bertubuh pendek dan gempal.
- Berkulit agak hitam.
- Bermisai nipis dan berjanggut sejemput.
- Kelihatan mesra.

- Raja Nor Mustaqimah
- Wartawan yang menulis tentang restoran Mat Jenin yang kian popular.
- Namun Mat Jenin tertarik dengan dirinya.
- Tubuhnya tinggi lampai.
- Berkulit hitam manis.
- Matanya ibarat bintang timur.
- Suaranya lembut dan mesra didengar.
- Dia pun menjadi isteri Mat Jenin dan dikurniakan cahaya mata di akhir cerpen.

- Datuk Mat Jenin
- Datuk kepada Mat Jenin
- Menjaga dan mendidik Mat Jenin selama dia hidup sehingga meninggal dunia sewaktu Mat Jenin berusia 17 tahun

- Cikgu Ramlah
- Guru Mat Jenin sewaktu Mat Jenin sekolah rendah, darjah tiga.
- Guru yang menceritakan tentang Mat Jenin yang berangan- angan dan juga terkenal dengan falsafah perniagaan.

Latar
- Tempat :
- Kampung Kelapa Condong
- Pasar Sehari Pekan Kelapa Condong
- Kota
- Restoran Selera Terbuka
- Rumah Mat Jenin

{ 6:28 PG }!


Selasa, 17 Ogos 2010
PAK BELALANG

Juragan datang dari sebuah negeri ke sebuah negeri untuk mengenalkan jantina anak- anak itik yang dibawanya bersama. Juragan pun lalu menaruh cabaran kepada Raja tentang ini. Juragan akan mendapat negeri Raja jika pihak Raja tidak dapat mengenalkan jantina anak- anak itik tersebut tetapi jikalau Raja dapat mengenalkan itu, maka Juragan akan menghadiahkan Raja tiga kapal serta isi- isinya dan Juragan akan turun hanya dengan kain sehelai sepinggang. Raja menyahut cabaran dengan meminta tiga hari untuk mendapatkan jawapan lalu raja menitahkan Pak Belalang yang mahir dalam telek. Pak Belalang ragu- ragu tetapi bijak menggunakan tipu helahnya dengan mengatakan bahawa jawapannya ada terletak di rumahnya dalam beberapa peti serta tempoh tiga hari. Pak Belalang pulang dengan hati yang berat kerana sebenarnya tidak tahu akan jawapannya lalu berdoa kepada tuhan supaya memberikannya kemudahan. Doanya terkabul dan Pak Belalang mendapat akal untuk pergi dekat dengan kapal juragan pada malam ketiganya di mana dia terdengar akan percakapan antara juragan dan isterinya tentang anak- anak itik yang ingin dikenalkan jantinya itu. Pak Belalang bersyukur dan berasa gembira lalu pulang ke rumah untuk siapkan diri sebelum menghadap raja dan juragan keeseokan hari. Ternyata apabila Pak Belalang memberitahu cara dan jawapan bagi mengenalkan jantina anak- anak itik itu, maka juragan pun tewas lalu raja menitahkan supaya memberikan juragan tiga perahu serta bekalan mencukupi untuk pulang ke negerinya. Juragan berasa amat kesal kerana mengkhabarkan rahsia itu kepada isterinya.

Nilai- nilai
- Jangan berkelakuan pandai dan megahkan diri dengan sesuatu yang belum pasti diraih ibarat ‘burung terbang dipipiskan lada.’
- Jangan berbohong kerana ia boleh membawa padah.
- Bertawakkal kepada tuhan supaya mendapat kemudahan ataupun petunjuk.
- Jangan putus asa untuk mendapatkan sesuatu walau susah.

Watak- watak
- Pak Belalang : pandai bermuslihat , seorang Islam yang baik , tidak mudah putus asa , taat kepada perintah Raja.
- Raja : tidak mahu menyerah kalah , licik , berperi kemanusiaan , hormat kepada rakyat
- Juragan : bersikap tamak , seseorang yang cinta kepada isteri , hormat kepada Raja , tidak mungkir janji

Latar
- Tempat : Istana , kapal Juragan , rumah Pak Belalang
- Masa : sewaktu pemerintahan raja dan ‘feudal system’ dipraktikkan
- Masyarakat : Rakyat- rakyat pemerintahan Raja

{ 8:21 PG }!


PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Sultan Mahmud baru kehilangan isterinya dan ingin melamar Puteri Gunung Ledang dan menitahkan Laksamana dan Tun Mamat supaya pergi berjumpa dengannya. Perjalanan ke Gunung Ledang begitu mencabar dan Tun Mamat mengerahkan supaya Laksamana dan lain- lain tunggu di kaki gunung sementara dia meneruskan perjalannya menuju ke puncak Gunung Ledang. Sewaktu dia mendaki, dia terkejut dengan suasana flora dan fauna di sekelilingnya kerana mereka semua bernyanyi dan menakutkan Tun Mamat. Lalu Tun Mamat berjumpa dengan pengetua Puteri Gunung Ledang dan seorang nenek tua muncul kemudian setelah pengetua PGL beredar untuk mendapatkan syarat- syarat peminangan yang tidak dapat dilaksanakan oleh Sultan Mahmud kerana tidak sanggup membunuh dan mendapatkan darah anaknya Raja Ahmad kerana berhati perut terhadap darah dagingnya.

- Jambatan emas
- Jambatan perak
- Hati nyamuk tujuh dulang
- Hati kuman tujuh dulang
- Air mata setempayan
- Air pinang muda setempayan
- Darah raja semangkuk
- Darah Raja Ahmad semangkuk

Persoalan- persoalan
- Kesetiaan rakyat melakukan perintah raja.
- Kehendak peribadi yang menyusahkan orang lain.
- Kesungguhan dalam melaksanakan tugas
- Penolakan peminangan secara halus
- Kasih saying seorang ayah kepada anaknya

Nilai- nilai
- Patuh kepada orang atasan
- Bersungguh- sungguh membuat kerja supaya berhasil
- Bijak menandangani masalah
- Kasih saying orang tua tiada batasan.

Watak
- Sultan Mahmud : ayah yang baik
- Tun Mamat : taat dan setia , orang bawahan
- Puteri Gunung Ledang : bijak , kreatif , tidak kurang ajar , jadi- jadian

Latar
- Tempat : Melaka , gunung ledang
- Masa : zaman pemerintahan sultan melaka
- Masyarakat : feudal system

{ 8:18 PG }!


RAJA BERSIUNG

Raja sedang dihadap oleh orang besar sekalian dan musykil tentang gigi siungnya yang sedang tumbuh. Menteri berpendapat bahawa suing itu mungkin berpunca daripada makanan kegemaran raja iaitu gulai lecek yang bertumis. Pada suatu hari, gerau sedang memasak gulai lecek bertumis apabila tersiat jarinya menyebabkan darah mengalir keluar sewaktu memasak. Gerau pun membaluti lukanya tetapi tidak sedar bahawa darahnya masih menitik masuk ke dalam hidangan raja, lalu ia menjadi sebati dengan makanan kegemaran raja. Raja pun santap lalu memuji tentang kelazatan yang berbeza terhadap gulai lecek bertumis itu dan bertanya kepada gerau tentang masakan itu. Gerau menjadi takut tetapi tetap memberitahu perkara yang sebenar. Raja pun menitahkan supaya mendapatkan darah yang akan dibubuh sendiri oleh raja sewaktu gerau memasak gulai lecek itu dan benar, gulai lecek itu menjadi lebih lezat. Raja pun semakin hari semakin suka akan dengan darah manusia yang akan dibubuhkan dengan gulai leceknya sehinggakan habis semua banduan dibunuh dan hati mereka turut jadi santapan raja bersiung. Raja bersiung pun lalu menarik perhatian Kampar, seorang yang mahir jadi- jadian lalu pergi berdepan dengan raja. Kampar menukar kepada babi, ular tedung dan juga harimau untuk menewaskan raja tetapi diusir keluar daripada istana oleh rakyat dan menteri. Menteri keempat pun melahirkan keinginan untuk mengusir raja kerana sifat tidak berperi kemanusiaan dan dengan kata sepakat oleh semua orang termasuk isteri raja, maka mereka pun mengusir raja keluar. Raja bersiung pun terus berlari ke dalam hutan untuk melarikan diri. Raja bersiung pun hanya bekerja siang malam melainkan dipanggil untuk makan oleh orang dusun yang menjadi tuannya setelah diusir keluar oleh rakyatnya..

Nilai- nilai
- Keadilan dalam menangani masalah
- Keberanian untuk melakukan sesuatu yang benar
- Kesetiaan kepada orang atasan walau apapun
- Kerjasama dalam membuat sesuatu seperti ‘bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat’

Watak- watak
- Raja Bersiung : zalim , tamak , tidak berperi kemanusiaan , pandai bertaruh nyawa
- Gerau : pengecut , taat , leka , berkata benar
- Kampar: berani , gagah , mahir dalam ilmu jadi- jadian

Latar
- Tempat : Istana , hutan
- Masa : sewaktu pemerintahan raja dan ‘feudal system’ dipraktikkan
- Masyarakat : Rakyat- rakyat pemerintahan Raja

{ 8:17 PG }!


CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA

Seekor bayan dengan tiga ekor anaknya tinggal di suatu lubang kayu. Anak bayan itu telah bersahabat dengan anak cerpelai tetapi bayan itu melarangnya kerana berpendapat bahawa cerpelai itu tidak setia. Anak bayan itu tetap berdegil lalu bayan menceritakan hikayat anak kera bersahabat dengan anak saudagar. Anak kera itu sering bermain dengan anak saudagar walaupun dilarang oleh kera kerana mereka binatang. Suatu hari anak kera bermain catur dengan anak saudagar lalu kalah dan marh. Anak kera pun melontar buah catur kepada anak saudagar lalu anak saudagar itu mendapat malu. Anak saudagar pun melempar pisau kepada anak kera tetapi hanya melukakan sedikit anak kera yang kemudiannya melempar pisau itu kembali dan anak saudagar itu pun cedera tetapi tidak beransur pulih walaupun anak kera sudah pulih. Saudagar pun berjumpa dengan tabib lalu diperintahkan supaya membunuh dan ambil hati anak kera itu jikalau ingin anaknya pulih. Anak kera itu pun dibunuh dan anak saudagar itu pulih kerana kejahatan orang yang tiada mendengar kata ibu bapanya. Walaupun begitu, anak bayan itu tetap bermain dengan anak cerpelai itu. Suatu hari anak cerpelai ditangkap oleh seorang budak lelaki lalu cerpelai marah dan pergi meminta tolong serigala yang pandai bermuslihat. Keluarga bayan pun mendapat bencana kerana anak bayan tidak menuruti kata ibu bapanya tetapi bernasib baik kerana memiliki buah fikiran untuk menyelamatkan diri. Malangnya, bayan tua ditangkap oleh budak lelaki itu. Bayan tua pun bermuslihat dan mereka berdua pun menuju ke istana di mana bayan tua memulihkan penyakit sopak di kaki raja kerana mempunyai ilmu tabib.

Persoalan- persoalan
- Penilaian seorang anak terhadap nasihat dan pesanan oleh ibu bapanya.
- Penitikberatan ibu bapa terhadap keselamatan dan keadaan mereka.
- Perasaan manusia yang inginkan keuntungan yang berlipat ganda.
- Sifat kecerdikan dan ikhtiar yang dipamerkan demi menyelamatkan diri daripada musuh.

Nilai- nilai
- Ibu bapa harus bertanggungjawab terhadap anak- anak
- Anak- anak harus menuruti kata- kata dan nasihat ibu bapa
- Bijak bertindak menangani masalah
- Patut menghalang perbuatan buruk yang dilakukan seorang
- Harus pandai mengawal diri sendiri

Watak
- Keluaga bayan : Termasuk sepasang ibu dan bapa bayan, anak bayan dan bayan tua.
- Keluarga cerpelai : termasuk sepasang ibu dan bapa cerpelai , anak cerpelai
- Keluarga kera : bapa kera dan anak kera
- Keluarga saudagar : bapa saudagar dan anak saudagar
- Tabib , budak lelaki dan serigala

Latar
- Tempat : mungkin di hutan dan rumah, istana,
- Masa : tidak diperkenalkan, mungkin beratus- ratus tahun dahulu, feudal system
- Masyarakat : tradisional, zaman kesultanan melaka

{ 8:15 PG }!


ASAR BELUM BERAKHIR

- Menceritakan tentang tema bahawa setiap insan pasti akan pulang ke pangkal jalan dan tidak terlalu lewat untuk insaf.
- Orang tua yang sedang duduk di atas bangku berdekatan dengan surau sedang terfikir akan kehidupannya yang sedang melarat.
- Yatim pun lalu dan bertanyakan khabar kepadanya dan duduk sebentar menemani orang tua itu.
- Mereka bersembang dan orang tua itu menceritakan tentang masa lampaunya di mana dia dahulu seorang kaki judi, kaki peremuan, kaki botol
- Orang tua itu tidak pernah solat ataupun tahu tentang hal ehwal agama kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya serta hidup dalam kemewahan.
- Yatim terkejut dan menyuruhnya supaya insaf dan akan menolong orang tua itu dengan ilmu agama kerana yatim seoran ahli pendakwa.
- Orang tua bersyukur kerana kini hidupnya sunyi dan tiada mempunyai apa apa harta kecuali tanah peninggalan isterinya yang ingin diberikan kepada pemerintah supaya membina surau.
- Yatim bangga dengan visi orang tua yang kini sudah mula insaf dan orang tua itu juga mahu memberikan matanya kepada yatim tetapi yatim menolak.
- Guru yatim dahulu buta tetapi apabila dapat penglihatan semula, maka hilang kekuatannya untuk menghafal quran kerana kemaksiatan.
- Lalu orang tua sedar dan ingin ke surau untuk bertaubat tetapi malu dengan orang di surau kerana imejnya.
- Yatim memberitahunya supaya mereka berdua ke surau sekarang kerana kesuntukan masa untuk mendirikan solat asar.
- Sesungguhnya manusia itu kehilangan masa dengan begitu sahaja.
- Tiba- tiba imran memberitahu mereka bahawa ada seorang jejaka di surau yang ingin berjumpa dengan orang tua yang mungkin adalah anaknya.
- Lalu ketiga- tiga mereka pun menuju ke surau.

Watak- watak
- Orang tua: jujur , berterus terang , insaf , pemurah , sanggup berkorban , was- was
- Yatim : ahli tahfiz dan pendakwa , baik hati , optimistik

Pengajaran
- Jangan mengabaikan tanggungjawab individu
- Pentingnya menuntut ilmu akhirat
- Insaf akan kesilapan lalu
- Membantu sesama insan
- Berwaspada dalam hidup
- Analogi usia dengan waktu solat

{ 8:12 PG }!