hazim-sastera.blogspot.com
Rabu, 28 Januari 2009
Ada binatang keris di kaki,
     Bukan itik bukan arnab jantan;
Ini binatang maut di kaki,
     Ini yang dinamakan ayam jantan.


Pergi membeli- belah beramai- ramai,
     Banyak barang kepala pusing;
Mari main beramai- ramai,
     Ayuh lihat siapa jaguh gasing.


Bila bermain diikat sekuat hati,
     Dilempar hidup dipegang mati;
Belajar dengan sepenuh hati,
     Agar menjadi si buah hati.


Terbang tinggi terbang rendah,
     Terbang ke mana- mana si belon;
Terbang pula ke sisi dengan indah,
     Inilah namanya belon.


Burung nuri burung dara,
     Terbang ke atas taman kayangan;
Wahai saudara pergi jumpa si dara,
     Duduk di sisinya dengan buah tangan.

{ 12:04 PG }!


Isnin, 26 Januari 2009
Perbezaan antara pantun dan syair.

Pantun
1) Pantun mempunyai bunyi suku kata yang sama pada suku kata terakhir di penghujung ayat 1 dan 3, dan ayat 2 dan 4.
2) Ia mempunyai bunyi suku kata yang sama pada suku kata yang di tengah dalam ayat 1 dan 3, dan ayat 2 dan 4. 
3) Ia mempunyai 'indent' di permulaan ayat 2 dan 4.
4) Struktur penghujung ayat: , ; , .

Contoh:

Tenang- tenang air di laut,
     Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Budi yang baik rasa nak junjung.


Syair
1) Syair mempunyai bunyi suku kata yang sama pada setiap suku kata yang terakhir dalam semua rangkap.
2) Ia tidak mempunyai bunyi suku kata yang sama di pertengahan ayat pada semua rangkap.
3) Ia tidak mempunyai 'indent' seperti pantun.
4) Struktur penghujung ayat: , , , .

Contoh:
Asmara Dewa lalu memandang,
Dilihatnya seekor rupa binatang,
Matanya seperti damar sebatang,
Cahayanya tidak dapat ditentang.

{ 7:20 PTG }!


Sabtu, 17 Januari 2009
Pedoman kapal belayar malam,
Sarat bermuat buah keraji;
Walau tercampak lautan dalam,
Tidak kulupa segala janji.


Pantun dijadikan dan dicantikkan daripada penggunaan ayat yang panjang, tetapi maknanya tetap sama; ia dikaitkan rapat dengan alam. Contohnya baris tiga dan empat: 'Walau tercampak lautan dalam, tidak kulupa segala janji.' Ayat yang sebenarnya mungkin berbunyi seperti 'Aku tidak akan lupa segala janji yang dibuat walaupan tercampak di lautan yang dalam, berpantang maut dan ajal.' Kemudian, ia dipendekkan ke lapan hingga dua belas suku kata, empat perkataan di setiap baris supaya pembaca dapat membaca dan memahaminya di perspektif yang lebih menarik dan kreatif.

{ 2:45 PG }!


Ghazal Pulau Pisang
Pulau Pisang rumah api,
Pedoman kapal belayar malam;
Sebelum ajal berpantang mati,
Walau tercampak lautan dalam.

[Struktur]
empat baris > popular
2 baris awal > pembayang
2 baris akhir > maksud
setiap baris > 8- 12 suku kata
kosa kata > alam

Baris 1 dan 3, suku kata yang akhir harus sama.
Hujung baris 1 dan 3 > (aa)

Baris 2 dan 4, suku kata yang akhir harus sama.
Hujung baris 2 dan 4 > (bb)

(aa) dan (bb) adalah bunyi suku kata yang akhir.

{ 2:36 PG }!


Sabtu, 10 Januari 2009
Pantun Kanak- Kanak: [ http://penyair.wordpress.com/2008/06/10/pantun-kanak-kanak/ ]
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Pantun Nasihat: [ http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2059.0 ]
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Pantun Adat: [ http://skdarau.tripod.com/pantun.html ]
Bijak pendita bermain kata
Di sana sini nama bersemadi
Cinta manusia ciptaan kita
Cintakan Allah kekal abadi

Pantun Peribahasa: [ http://www.scribd.com/doc/5545832/Pantun-Peribahasa ]
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

{ 5:36 PG }!


Jumaat, 9 Januari 2009
Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam. Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adapt.

[ dipetik daripada http://www.usm.my/pantun/ ]

{ 5:24 PG }!


Rabu, 7 Januari 2009
Baiklah. Inilah pos pertama saya. Sebagai pengenalan pada kelas yang pertama, Cikgu memberitahu kami sekelas tentang sastera. Apa itu sastera? Sastera boleh dikatakan yang ia mempunyai banyak makna dari segi perspektif dan bagaimana kamu menilai dan melihat perkataan 'sastera' itu. Sastera tidak membosankan tetapi ia unik dalam pendapat saya kerana ia merangkum segala tentang keindahan bahasa yang digunakan di puisi, sajak, syair dan sebagainya. Saya menimba banyak ilmu daripada Cikgu walaupun kelas pertama kerana subjek sastera ini baru dipelajari saya tetapi dengan keterangan yang disampaikan oleh Cikgu sungguh bernas. Selamat!

{ 10:56 PG }!