hazim-sastera.blogspot.com
Ahad, 22 Februari 2009
Carilah [anakku] akan sahabat,
Yang dapat [anakku] jadikan ubat,
Bahagian hidupmu akan selamat.
Carilah [anakku] akan kawan,
Pilihlah [anakku] segala yang setiawan,
Dunia akhirat hidupmu selamat.
Carilah [anakku] guru,
Yang tahukan [anakku] sahabat seteru,
Hati akan tetap tidak keliru.
Carilah [anakku] teman di hati,
Yang halal dekatkan; yang haram dijauhi,
Supaya [anakku] tenang di hati.

{ 4:02 PG }!


GURINDAM

Kalaulah hendak anak yang cerdik,
Mestilah kita pandai mendidik.
Kalaulah hendak anak yang berbudi,
Mestilah dia pandai mengaji.

[ i) Apotasis - Syarat ]
[ ii) Diatasis - Akibat ]
[ Tiada suku kata yang terhad. ]

{ 3:58 PG }!


Ingat pesanan orang tua- tua,
Apa- apa yang ada puncanya;
Sedikit sebanyak kami nak bicara,
Tentang apa- apa di sekeliling kata.

Kari karipap epok- epok kentang,
Makanan harian yang kita suka;
Terkenal sudah di negeri seberang,
Makanan harian orang- orang kita.

Buah senkuang ditumis basah,
Diisi dengan lain- lainnya;
Enak bersambal bergulang pula,
Popiah goreng popiah kita.

Sejak bila suka ditaksirkan,
Pengaruh lingkungan orang- orang kita;
Cina India juga peranakan,
Dalam hidangan kita bermuhibbah.

Zaman Hang Tuah zaman Melaka,
Pelbagai bangsa mengenalinya;
Hingga sekarang semua mesra,
Itulah kita di Tanah Malaya.

{ 3:52 PG }!


Ahad, 15 Februari 2009
BATIK

Perkataan batik merujuk kepada teknik bagaimana kain batik dihasilkan, menggunakan lilin bagi membuat permukaan kain menjadi kalis air agar tidak menyerap warna. Warna kain batik tahan lebih lama kerana keseluruhan kain tersebut dicelup ke dalam pewarna yang menyerap ke dalam serat kain tersebut, dan bukan dicat atau dicetak.

SEJARAH

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

PROSES MEMBUAT

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik:
- Blok penerap
- Campuran lilin
- Kain
- Pencelup
- Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.


http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/about/culture_handicrafts.asp
http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

{ 12:31 PG }!


Rabu, 11 Februari 2009
PERBEZAAN ANTARA SYAIR DAN PANTUN...

> Pantun mempunyai pembayang dan makna dalam sebuah rangkap manakala syair tidak.
> Pantun beriramakan 'abab' manakala syair beriramakan 'aaaa'.
> Syair mempunyai banyak rangkap tetapi hanya sebuah cerita panjang manakala pantun mempunyai banyak rangkap tetapi bukan sebuah cerita panjang.
> Syair ada hanya satu macam; sebuah cerita panjang, manakala pantun ada banyak macam; pantun nasihat, kanak- kanak, peribahasa dan lain- lain.

{ 3:03 PG }!


Sopan santun anak Melayu,
     Senyumannya manis bila disapa;
Dalam pantun irama berlagu,
     Terkenang jasa orang tua- tua.

Lemak manis alah amboi- amboi,
     Santan kelapa alah amboi- amboi;
Kupandang manis alah amboi- amboi,
     Anak siapa?

{ 3:01 PG }!


PEMBENTUKAN SYAIR...

> sebuah cerita panjang
> tidak perlu ada pembayang
> sekadar rima 'aaaa' pada setiap hujung baris empat rangkap
> kata- kata disesuaikan dalam penceritaan
> ayat- ayat disesuaikan dalam penceritaan

{ 2:59 PG }!


Selasa, 3 Februari 2009
Sejarah
Sejarah kita sejarah Singapura,
Tuan Raffles Tuan Abdullah,
Belajarlah kamu ilmu sejarah,
Kerana sejarah hiduplah Sang Singa.

{ 4:47 PG }!


Semalam saya mempelajari bagaimana untuk menghasilkan sesuatu karya sajak sewaktu kelas Sastera Melayu yang dibimbing oleh Cikgu Manaf. Kita harus memikirkan tema sajak itu pada permulaan proses penulisan sajak. Setelah itu, catatkan empat ayat yang menerangkan atau menafsirkan tentang tema yang sedand dihasilkan. Tukil satu perkataan yang mudah untuk diiramakan pada akhir ayat supaya mudah untuk membina sajak berkenaan. Kemudian fikirkan tentang keempat- empat ayat berkenaan yang akan dijadikan untuk sajak tersebut. Setelah semua ciri- ciri sajak sudah dipertimbangkan dalam karya itu, barulah siap karya sajak itu.

Namun, pada pendapat saya, sajak yang cukup dan sangat bagus adalah sesuatu sajak yang telah banyak diubah suai dari karya yang pertama yang dicipta. Ia adalah seperti membuat sebuah lirik muzik. Lirik yang dibina pertama kali bunyinya bagus dan sedap, tetapi jikalau diubah suaikan perlahan- lahan maka jadilah karya yang hebat dan kuat. Ini mungkin mengambil masa yang cukup lama sehinggakan bertahun- tahun untuk menciptakan sebuah karya tersendiri yang cukup indah dan bagus, berkemungkinan boleh menjadi sebuah karya klasik. Kami membuat sebuah karya amatur untuk merasai cara- cara untuk menghasilkan sajak. Secara kesimpulan, pengalaman mengarang sajak ini menambahkan ilmu penulisan. Saya menanti dengan dada yang terbuka untuk menghayati mata pelajaran ini pada masa yang akan datang. Sesungguhnya saya amat terhibur dan banyak menimba ilmu oleh guru yang berdedikasi dan komited memperkayakan seni penulisan Melayu yang klasik.

{ 3:07 PG }!


Sajak
Permainan komputer hibur hati
Boleh dimain pada masa lapang
Tetapi tidak boleh keterlaluan
Beri lebih tumpuan pada pelajaran
Permainan komputer menghibur hati,
Bila- bila masa, bila- bila hari,
Kalau bermain usah lupa diri
Pada pelajaran tumpuan diberi.

Khairuddin, 3P1


Saya suka bermain permainan komputer
Setiap kali saya mula main, mesti rasa seronok
Walaupun seronok, mesti penat mata saya
Namun, saya tidak akan bosan main berulang kali
Permainan komputer saya gemari,
Sangat seronok setiap kali,
Mata akan penat saya rasai,
Tidak akan bosan sama sekali.
Dzulridzwan, 3P1

{ 2:53 PG }!