hazim-sastera.blogspot.com
Rabu, 21 April 2010
Sajak 'Bahasa' yang ditulis oleh Rahman Shaari ini mempunyai beberapa gaya bahasa untuk mewarnakan sajaknya yang begitu menawan hati. Antaranya ialah penggunaan ansonansi, metafora, unsur pengulangan, epifora, penggunaan rima dan juga hiperbola. Ini semua dapat dilihat dalam keseluruh sajak dan amat ketara pada penggunaannya.

Penggunaan aliterasi dapat dilihat di rangkap pertama iaitu juga pembuka bgi sajak 'Bahasa' ini. Huruf 'a' digunakan untuk ansonansi dalam rangkap ini yang dilihat:
'Mari kita berbahasa
sebaiknya' (r1, b1 & b2)

Bukan itu sahaja, penggunaan metafora juga digunakan dalam rangkap seterusnya iaitu rangkap kedua. Penulis menggunakan unsur tumbuhan bagi fikiran untuk mnghias perkataan sambil memberitahu pembaca tentang makna rangkap tersebut:
'Pucuk fikiran yang bertabur' (r2 b2)

Selain daripada ansonansi dan metafora, unsur pengulangan juga agak ketara dalam sajak ini di rangkap ketiga pada pembuka ayat setiap baris dalam rangkap itu yang berbunyi:
'terlihat fakta padu,
terlihat sinar ilmu,
terlihat cinta biru' (r3, b2 & b4)
Ternyatalah kepada kita bahawa perkataan 'terlihat' itu diulang untuk menegaskan tentang Bahasa itu.

Epifora juga diketengahkan sebagai salah satu gaya bahasa dalam sajak 'Bahasa' yang penuh dengan makna ini. Ini dapat dilihat dalam rangap keempat yang berbunyi sedemikian:
'Pemimpin memaparkan arah,
di pentas siasah,
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah' (r4, b2, b3, b5 & b6)
Selain itu, boleh dikatakan juga bahawa suku kata 'ah' ini digunakan sebagai rima kerana bunyinya yang sama dan ketara di setiap akhiran baris tersebut.

Pengulangan frasa dapat dilihat dalam rangkap yang sama dan ini digunakan untuk menegaskan tentang peri pentingnya Bahasa itu. Contohnya ialah sedemikian:
'Dengan Bahasa,
dengan Bahasa' (r4 b1 & b4)
Bukan itu sahaja, penulis menggunakan frasa tersebut berulang kali dalam penulisan sajaknya kerana Bahasa itu boleh melambangkan identiti masyarakat.

Tidak terlupa ialah penggunaan hiperbola yang terlihat dalam rangkap keenam. Penulis menggunakan hiperbola untuk membesar- besarkan sesuatu walaupun maknanya agak ringkas jikalau tidak ditemani dengan gaya bahasa hiperbola ini. Penggunaannya ialah:
'Budi dipertinggi
mesra diperlebar' (r6 b2 & b3)

Dengan ini semua, jelaslah pada kita tentang gaya bahasa yang digunakan oleh Rahman Shaari dalam penulisan 'Bahasa' ini yang mungkin menjadi wardah bagi kita tentang peri pentingnya penggunaan Bahasa itu.

{ 5:58 PG }!


Isnin, 12 April 2010
3a) Tema sajak 'Lorong Engku Aman' adalah kenangan penyajak tentang perubahan yang telah berlaku kepada 'Lorong Engku Aman' dan perbandingan antara suasana dahulu dan sekarang di situ yang amat ketara. Penyajak mahu meluahkan isi hatinya tentang 'Lorong Engku Aman' kepada pembaca untuk menyampaikan mesej bahawa kehidupan zaman sekarang sudah amat berbeza dan maju. Lantas, ternyatalah tema kepada sajak ini dapat dikupas melalui rangkap- rangkap sajak tersebut yang menimbulkan persoalan- persoalan sajak.


3b) Perubahan yang berlaku pada 'Lorong Engku Aman' amat ketara, antaranya ialah perubahan dari segi berapa besar sesebuah keluarga, cara berkomunikasi, kehilangan adat yang kian menjadi- jadi dan juga masalah penghijrahan dari 'Lorong Engku Aman'.


Di rangkap kedua, penyajak menunjukkan kepada kita tentang perubahan yang berlandaskan keluarga di mana dia mengatakan tentang perancangan keluarga moden yang sudah cukup dengan dua anak, lainlah denghan masyarakat lama yang lebih suka jikalau keluarga besar dengan anak- pinak yang bakal menjadi sumbangan masyarakat yang memerlukan untuk maju. Ini dapat dilihat dalam rangkap kedua, baris tiga dan empat (r2, b3 & b4):
'Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna.'
Inilah adalah perubahan yang pertama di situ.


Di rangkap ketiga pula, penyajak mengetengahkan perubahan dari segi komunikasi. Cara komunikasi di zaman dahulu dan sekarang di 'Lorong Engku Aman' amat berbeza sehinggakan kini sudah tidak bersembang lama dan bertanyakan khabar apabila bertemu. Ini dapat dilihat dalam:
'Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk' (r3, b1 & b2)
Ternyata kepada kita bahawa ini adalah perubahan yang kedua di 'Lorong Engku Aman'.


Perubahan yang ketiga adalah adat yang kian dipandang ringan oleh masyarakat moden, apalagi di 'Lorong Engku Aman'. Penyajak menyampaikan tentang perubahan ini untuk mungkin membuat pembaca berfikir sejenak akan kepentingan adat yang dapat melambangkan bangsa ataupun masyarakat. Ini dapat dilihat dalam:
'Hidup jadi padat
Buang yang mengikat
Adat yang menjerat' (r4, b1 & b3)
Penyajak mungkin menulis rangkap ini kerana amat prihatin akan adat istiadat yang perlu dilakukan tanpa alasan suntuk masa.


Perubahan terakhir di 'Lorong Engku Aman' ini adalah penghijrahan masyarakat ke tempat lain dari 'Lorong Engku Aman' sendiri. Ini amat ketara dalam:
'Bila keadaan mendesak
Semua yang disayang
Sekali ini harus berpisah' (r5, b2 - b4)
Ini menunjukkan kepada kita tentang masyarakat ini yang berhijrah disebabkan terdesak dengan suasana di 'Lorong Engku Aman' yang menyebabkan perubahan yang menjejaskan si penyajak yang telah menjadi saksi akan dengan segala perubahan di situ.


3c) Perkara- perkara yang menjadi keprihatinan penyajak semenjak 'Kau menerima kemajuan' ialah sebagaimana dihuraikan sedikit di atas iaitu keprihatinan penyajak terhadap berapa besar keluarga, adat, komunikasi, penghijrahan dan juga perbandingan 'kau' iaitu 'Lorong Engku Aman' sewaktu dahulu dan sekarang di mana penyajak telah menyaksikan sendiri perubahan yang berlaku kepada 'Lorong Engku Aman'.


Perubahan yang pertama dikatakan di rangkap pertama baris tiga dan empat di mana penyajak memberitahu kita tentang estet perumahan yang kian membangun dan mungkin telah menggantikan tempat- tempat kampung di 'Lorong Engku Aman' yang mungkin suasananya meriah tetapi kini sudah menjadi agak membosankan kerana tidak semeriah seperti dahulu kala. Ini dapat disokong daripada:
'Zaman- zaman muka yang segar,
Perumahan yang tinggi mencakar' (r1, b3 & b4)
Ternyatalah kepada kita bahawa penyajak sudah prihatin akan suasana di 'Lorong Engku Aman' yang sudah berubah.


Kedua, penyajak melahirkan keprihatinannya kepada ciri- ciri keluarga, dalam sajak ini dari segi berapa besar sesebuah keluarga itu. Penyajak telah membuat ataupun telah mereka sebuah baris di mana dia memberitahu kita tentang kesempurnaan dua anak itu sudah baik, berbanding dengan zaman dahulu yang lebih sukakan ramai anak yang akan menjadi lapisan masyarakat seterusnya untuk menggantikan generasi muda. Malangnya, ini semua hanya percakapan kerana perubahan dan perkara ini telah membuat penyajak agak prihatin dengan generasi zaman kini yang semakin berkurangan. Ini dilihat di sini:
'Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna' (r2, b3 & b4)
Kesempitan fikiran tentang 'dua cukup sempurna' telah membuatkan penyajak menjadi gementar semenjak 'Lorong Engku Aman' kian maju dan dimodenkan kerana ikut haluan kemodenan masyarakat.


Ketiga, perkara yang menjadi keprihatinan penyajak semenjak 'Kau menerima kemajuan' ialah cara komunikasi yang sudah berubah dari segi percakapan kerana di zaman moden ini, kita hanya membualkan perkara yang ingin disampaikan ataupun dibicarakan lalu tamatlah komunikasi kita. Ini berlainan dengan zaman dahulu yang selalu menunjukkan masyarakat itu sering berkomunikasi antara satu sama lain dan bertanyakan khabar selain mendapat tahu akan tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka walaupun bukan masalah mereka. Ini disokong dengan:
'Bicara tak bersuara,
Bertemu cukup angguk' (r3, b1 & b2)
Lantas, ini menunjukkan betapa prihatin akan si penyajak dengan perkara- perkara yang menjadi keprihatinan penyajak semenjak 'Lorong Engku Aman' dimajukan. Keseronokan dan kepetahan berkomunikasi itu sudah luput daripada masyarakat 'Lorong Engku Aman' yang telah maju kini. Tambahan lagi, penyajak juga menyampaikan kepada kita tentang ramai orang yang sibuk dengan urusan negara dan pekerjaan sehinggakan tidak mampu meluangkan masa kepada keluarga. Ini mungkin diketengahkan oleh si penyajak kerana pengalamannya terhadap anak- anaknya yang mungkin sudah bekerja dan sibuk sehinggakan tidak larat meriangkan hatinya melainkan menyampaikan isi hatinya di sajak ini untuk menyedarikan pembaca tentang 'Lorong Engku Aman' yang telah maju. Ini dapat dilihat dalam:
'Semua dinamis semua sibuk,
Urusan ya urusan negara.' (r3, b3 & b4)


Seterusnya, perkara yang menjadi keprihatinan penyajak semejak 'Kau menerima kemajuan ialah adat yang kian luput daripada masyarakatnya. Adat kian menghilang kerana zaman moden kini melahirkan generasi yang berfikir dan berpendapat bahawa adat itu tidak begitu penting tambahan lagi dengan alasan kesibukan dengan hal- hal lain. Ini dapat disokong dengan:
'Hidup jadi padat,
Adat yang menjerat.' (r4, b1 & b3)
Inilah yang membuat penyajak begitu prihatin semenjak 'Lorong Engku Aman' dimajukan kerana adat itu memainkan peranan penting juga dalam menonjolkan masyarakat, apatah lagi bangsa.


Akhir sekali, masalah bermastautin telah membuat penyajak menjadi prihatin akan setelah 'Lorong Engku Aman' ini telah maju kerana ramai masyarakatnya telah berhijrah ke tempat lain dan tercetuslah perpisahan yang pahit dan menyebabkan kenangan yang hinggap di lobak hati dan fikiran minda bermain selalu di benak fikiran kerana rindu akan 'Lorong Engku Aman'. INi dijelaskan dalam:
'Bila keadaan mendesak,
Semua yang disayang
Sekali ini harus berpisah.' (r5, b2 & b4)
Ini diteruskan oleh penyajak tentang dirinya yang menjadi saksi akan segala perubahan di 'Lorong Engku Aman' yang melahirkan sikap prihatin semenjak 'Kau menerima kemajuan.'

{ 9:33 PTG }!