hazim-sastera.blogspot.com
Ahad, 21 Mac 2010
4a ) Perwatakan Jamal sebagai seorang ayah sepertimana yang dipaparkan dalam petikan cerpen adalah dia adalah seorang yang panas baran, seseorang yang bengis, tegas, kurang bertanggungjawab dan juga seseorang yang prihatin. Perwatakannya dapat dilihat menerusi petikan ini.

Jamal adalah seseorang yang panas baran. Ini kerana dia telah memarahi kedua- dua anaknya, Adil dan Aliza, kerana prestasi sekolah mereka yang teruk lagi menghampakan tanpa mengambil tahu masalah- masalah yang mungkin dihadapi oleh kedua- dua anaknya ibarat 'belum duduk berlunjur dahulu.' Pernyataan ini dapat dilihat dalam ayat: ' "Diam! Kecik- kecik dah pandai menjawab," sembur Jamal dengan keras ' di perenggan ketujuh.

Jamal juga adalah seseorang yang bengis selain daripada panas baran. Kata- katanya begitu kesat sewaktu dia memarahi anaknya kerana keputusan sekolah yang kur memuaskan itu. Ini dapat dilihat dalam ' "Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi ni? Bodoh. Banyak main saja?" tengking Jamal dengan lantang.' Ternyatalah bahawa Jamal agak bengis kerana memanggil darah dagingnya sendiri dengan perkataan 'bodoh' itu.

Selain itu, Jamal adalah seseorang yang tegas. Apabila dia terlihat akan markah- markah yang diraih oleh anak- anaknya, dia amat kecewa lalu tegas akan dengan pendiriannya untuk tidak menandatangani buku rekod anak- anaknya itu. Ternyata, Jamal adalah seseorang yang tegas akan pendiriannya dan ini disokong oleh ayat: ' "Ayah tak mahu sain," kata Jamal lalu melemparkan buku kecil itu ke tanah, ' dalam perenggan ketiga.

Walaupun tegas, Jamal adalah seseorang yang kurang bertanggungjawab kerana Jamal tidak mengambil tahu akan pencapaiaan persekolahan anak- anaknya sehinggakan Aliza menjawab dan berkata kepada Jamal bahawa dia tidak mempunyai buku kira- kira dan ini menunjukkan kepada kita bahawa Jamal tidak melengkapkan peralatan sekolah ank- anaknya kerana lalai dengan kerja lain iaitu membuat dan menjaga pondok orkidnya yang kurang mendatangkan hasil. Ini dapat disokong dengan ' "Buku kira- kira Aliza ayah belum beli," sahut Aliza tertahan- tahan,' dalam perenggan keenam petikan cerpen itu.

Selain itu semua, Jamal merupakan seseorang yang prihatin juga kerana dia mengambil berat akan dengan pencapaian Adil dan Aliza dengan menanyakan mereka tentang mengapa mereka tidak lulus peperiksaan. Ini dapat dilihat dalam ayat yang berbunyi, ' "Kenapa tidak lulus ini, Adil?" tanya Jamal kesal,' dalam perenggan pertama dan juga pembuka ayat dalam petikan cerpen ini. Lantas, kelima- lima ciri dan perwatakan Jamal ditonjolkan dalam petikan cerpen ini.



4b) Asiah amat bangga, bahagia dan cukup senang hati terhadap orkid yang ditanamnya dan melayani orkid- orkidnya ibarat 'seperti labah- labah mencintai kepada telurnya' kerana dia amat riang sewaktu melihat akan kuntum yang menjadi- jadi di tanam orkid di pondok belakang rumahnya. Lantas, keriangannya itu membuat si Asiah ini berangan- angan untuk menjual orkid- orkidnya dan ternyatalah, Asiah amat berbesar hati terhadap orkid yang ditanamnya dan seterusnya melayani tanamannya itu dengan sepenuh jiwa raganya.



4c) Perkara yang menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan " Tapi... anak- anak kita tak ada yang menjadi Asiah...! " adalah kerana anak- anaknya mendapat keputusan yang kurang memuaskan, isterinya yang sibuk meluangkan masa dengan tanaman orkidnya, keluarga yang agak berpecah- belah kerana Jamal dan isterinya Asiah kurang menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kepada Adil dan Aliza termasuk perasaan hampa yang dilamun olehnya kerana anak- anaknya.

Anak- anaknya mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan sehinggakan mendapat 'banyak merah' dan tidak lulus akan mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Adil dan tidak lulus bagi mata pelajaran Matematik bagi Aliza yang tidak mendapat cukup latihan disebabkan ketiadaan buku kira- kira kerana Jamal tidak membelikannya. Keputusan Adil dan Aliza ini dalam petikan cerpen ini telah membuat Jamal naik berang dan hampa akan pencapain kedua- dua anaknya itu.

Isterinya juga sibuk meluangkan masa dengan tanaman orkidnya di pondok belakang rumah kerana mahu menunjuk- nunjukkan kepada Jamal dan orang lain akan tentang kebanggaan Asiah terhadap tanaman orkidnya yang sepatutnya menaruh kebanggaan pada darah- dagingnya daripada bunga- bunga orkid yang hanya mampu memberikan Asiah dan Jamal wang dan harta. Jamal pun kecewa akan dengan sikap isterinya yang kurang prihatin akan anak- anakya itu.

Jamal juga melafazkan ungkapan itu kerana keluarganya yang agak berpecah- belah kerana dia dan isterinya kurang menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kepada Adil dan Aliza dan ini semua telah sedikit sebanyak mengakibatkan pencapaian Adil dan Aliza terkacau disebabkan kekurangan dalam tunjuk ajar dan bimbingan oleh Jamal dan isterinya. Yang pasti, Jamal kesal akan perbuatannya dan sikap isterinya yang lalai terhadap anak mereka yang 'tidak menjadi.'

Tambahan lagi, Jamal juga berasa hampa akan dengan anak- anaknya sehinggakan melafazkan ungkapan tersebut kerana dia sedar bahawa anak- anaknya sepatutnya menjadi kebanggaan Jamal dan Asiah kerana anak- anaklah yang akan menjadi lapisan masyarakat seterusnya, lebih- lebih lagi yang akan menyumbangkan tenaga dan ilmu di masa hadapan kelak.

{ 8:10 PG }!