Ahad, 15 Februari 2009
BATIKPerkataan batik merujuk kepada teknik bagaimana kain batik dihasilkan, menggunakan lilin bagi membuat permukaan kain menjadi kalis air agar tidak menyerap warna. Warna kain batik tahan lebih lama kerana keseluruhan kain tersebut dicelup ke dalam pewarna yang menyerap ke dalam serat kain tersebut, dan bukan dicat atau dicetak.
SEJARAHBatik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
PROSES MEMBUATAlatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik:
- Blok penerap
- Campuran lilin
- Kain
- Pencelup
- Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/about/culture_handicrafts.asphttp://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm
{ 12:31 PG }!