hazim-sastera.blogspot.com
Rabu, 21 April 2010
Sajak 'Bahasa' yang ditulis oleh Rahman Shaari ini mempunyai beberapa gaya bahasa untuk mewarnakan sajaknya yang begitu menawan hati. Antaranya ialah penggunaan ansonansi, metafora, unsur pengulangan, epifora, penggunaan rima dan juga hiperbola. Ini semua dapat dilihat dalam keseluruh sajak dan amat ketara pada penggunaannya.

Penggunaan aliterasi dapat dilihat di rangkap pertama iaitu juga pembuka bgi sajak 'Bahasa' ini. Huruf 'a' digunakan untuk ansonansi dalam rangkap ini yang dilihat:
'Mari kita berbahasa
sebaiknya' (r1, b1 & b2)

Bukan itu sahaja, penggunaan metafora juga digunakan dalam rangkap seterusnya iaitu rangkap kedua. Penulis menggunakan unsur tumbuhan bagi fikiran untuk mnghias perkataan sambil memberitahu pembaca tentang makna rangkap tersebut:
'Pucuk fikiran yang bertabur' (r2 b2)

Selain daripada ansonansi dan metafora, unsur pengulangan juga agak ketara dalam sajak ini di rangkap ketiga pada pembuka ayat setiap baris dalam rangkap itu yang berbunyi:
'terlihat fakta padu,
terlihat sinar ilmu,
terlihat cinta biru' (r3, b2 & b4)
Ternyatalah kepada kita bahawa perkataan 'terlihat' itu diulang untuk menegaskan tentang Bahasa itu.

Epifora juga diketengahkan sebagai salah satu gaya bahasa dalam sajak 'Bahasa' yang penuh dengan makna ini. Ini dapat dilihat dalam rangap keempat yang berbunyi sedemikian:
'Pemimpin memaparkan arah,
di pentas siasah,
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah' (r4, b2, b3, b5 & b6)
Selain itu, boleh dikatakan juga bahawa suku kata 'ah' ini digunakan sebagai rima kerana bunyinya yang sama dan ketara di setiap akhiran baris tersebut.

Pengulangan frasa dapat dilihat dalam rangkap yang sama dan ini digunakan untuk menegaskan tentang peri pentingnya Bahasa itu. Contohnya ialah sedemikian:
'Dengan Bahasa,
dengan Bahasa' (r4 b1 & b4)
Bukan itu sahaja, penulis menggunakan frasa tersebut berulang kali dalam penulisan sajaknya kerana Bahasa itu boleh melambangkan identiti masyarakat.

Tidak terlupa ialah penggunaan hiperbola yang terlihat dalam rangkap keenam. Penulis menggunakan hiperbola untuk membesar- besarkan sesuatu walaupun maknanya agak ringkas jikalau tidak ditemani dengan gaya bahasa hiperbola ini. Penggunaannya ialah:
'Budi dipertinggi
mesra diperlebar' (r6 b2 & b3)

Dengan ini semua, jelaslah pada kita tentang gaya bahasa yang digunakan oleh Rahman Shaari dalam penulisan 'Bahasa' ini yang mungkin menjadi wardah bagi kita tentang peri pentingnya penggunaan Bahasa itu.

{ 5:58 PG }!