hazim-sastera.blogspot.com
Selasa, 17 Ogos 2010
CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA

Seekor bayan dengan tiga ekor anaknya tinggal di suatu lubang kayu. Anak bayan itu telah bersahabat dengan anak cerpelai tetapi bayan itu melarangnya kerana berpendapat bahawa cerpelai itu tidak setia. Anak bayan itu tetap berdegil lalu bayan menceritakan hikayat anak kera bersahabat dengan anak saudagar. Anak kera itu sering bermain dengan anak saudagar walaupun dilarang oleh kera kerana mereka binatang. Suatu hari anak kera bermain catur dengan anak saudagar lalu kalah dan marh. Anak kera pun melontar buah catur kepada anak saudagar lalu anak saudagar itu mendapat malu. Anak saudagar pun melempar pisau kepada anak kera tetapi hanya melukakan sedikit anak kera yang kemudiannya melempar pisau itu kembali dan anak saudagar itu pun cedera tetapi tidak beransur pulih walaupun anak kera sudah pulih. Saudagar pun berjumpa dengan tabib lalu diperintahkan supaya membunuh dan ambil hati anak kera itu jikalau ingin anaknya pulih. Anak kera itu pun dibunuh dan anak saudagar itu pulih kerana kejahatan orang yang tiada mendengar kata ibu bapanya. Walaupun begitu, anak bayan itu tetap bermain dengan anak cerpelai itu. Suatu hari anak cerpelai ditangkap oleh seorang budak lelaki lalu cerpelai marah dan pergi meminta tolong serigala yang pandai bermuslihat. Keluarga bayan pun mendapat bencana kerana anak bayan tidak menuruti kata ibu bapanya tetapi bernasib baik kerana memiliki buah fikiran untuk menyelamatkan diri. Malangnya, bayan tua ditangkap oleh budak lelaki itu. Bayan tua pun bermuslihat dan mereka berdua pun menuju ke istana di mana bayan tua memulihkan penyakit sopak di kaki raja kerana mempunyai ilmu tabib.

Persoalan- persoalan
- Penilaian seorang anak terhadap nasihat dan pesanan oleh ibu bapanya.
- Penitikberatan ibu bapa terhadap keselamatan dan keadaan mereka.
- Perasaan manusia yang inginkan keuntungan yang berlipat ganda.
- Sifat kecerdikan dan ikhtiar yang dipamerkan demi menyelamatkan diri daripada musuh.

Nilai- nilai
- Ibu bapa harus bertanggungjawab terhadap anak- anak
- Anak- anak harus menuruti kata- kata dan nasihat ibu bapa
- Bijak bertindak menangani masalah
- Patut menghalang perbuatan buruk yang dilakukan seorang
- Harus pandai mengawal diri sendiri

Watak
- Keluaga bayan : Termasuk sepasang ibu dan bapa bayan, anak bayan dan bayan tua.
- Keluarga cerpelai : termasuk sepasang ibu dan bapa cerpelai , anak cerpelai
- Keluarga kera : bapa kera dan anak kera
- Keluarga saudagar : bapa saudagar dan anak saudagar
- Tabib , budak lelaki dan serigala

Latar
- Tempat : mungkin di hutan dan rumah, istana,
- Masa : tidak diperkenalkan, mungkin beratus- ratus tahun dahulu, feudal system
- Masyarakat : tradisional, zaman kesultanan melaka

{ 8:15 PG }!