Selasa, 17 Ogos 2010
PAK BELALANG
Juragan datang dari sebuah negeri ke sebuah negeri untuk mengenalkan jantina anak- anak itik yang dibawanya bersama. Juragan pun lalu menaruh cabaran kepada Raja tentang ini. Juragan akan mendapat negeri Raja jika pihak Raja tidak dapat mengenalkan jantina anak- anak itik tersebut tetapi jikalau Raja dapat mengenalkan itu, maka Juragan akan menghadiahkan Raja tiga kapal serta isi- isinya dan Juragan akan turun hanya dengan kain sehelai sepinggang. Raja menyahut cabaran dengan meminta tiga hari untuk mendapatkan jawapan lalu raja menitahkan Pak Belalang yang mahir dalam telek. Pak Belalang ragu- ragu tetapi bijak menggunakan tipu helahnya dengan mengatakan bahawa jawapannya ada terletak di rumahnya dalam beberapa peti serta tempoh tiga hari. Pak Belalang pulang dengan hati yang berat kerana sebenarnya tidak tahu akan jawapannya lalu berdoa kepada tuhan supaya memberikannya kemudahan. Doanya terkabul dan Pak Belalang mendapat akal untuk pergi dekat dengan kapal juragan pada malam ketiganya di mana dia terdengar akan percakapan antara juragan dan isterinya tentang anak- anak itik yang ingin dikenalkan jantinya itu. Pak Belalang bersyukur dan berasa gembira lalu pulang ke rumah untuk siapkan diri sebelum menghadap raja dan juragan keeseokan hari. Ternyata apabila Pak Belalang memberitahu cara dan jawapan bagi mengenalkan jantina anak- anak itik itu, maka juragan pun tewas lalu raja menitahkan supaya memberikan juragan tiga perahu serta bekalan mencukupi untuk pulang ke negerinya. Juragan berasa amat kesal kerana mengkhabarkan rahsia itu kepada isterinya.
Nilai- nilai- Jangan berkelakuan pandai dan megahkan diri dengan sesuatu yang belum pasti diraih ibarat ‘burung terbang dipipiskan lada.’
- Jangan berbohong kerana ia boleh membawa padah.
- Bertawakkal kepada tuhan supaya mendapat kemudahan ataupun petunjuk.
- Jangan putus asa untuk mendapatkan sesuatu walau susah.
Watak- watak- Pak Belalang : pandai bermuslihat , seorang Islam yang baik , tidak mudah putus asa , taat kepada perintah Raja.
- Raja : tidak mahu menyerah kalah , licik , berperi kemanusiaan , hormat kepada rakyat
- Juragan : bersikap tamak , seseorang yang cinta kepada isteri , hormat kepada Raja , tidak mungkir janji
Latar- Tempat : Istana , kapal Juragan , rumah Pak Belalang
- Masa : sewaktu pemerintahan raja dan ‘feudal system’ dipraktikkan
- Masyarakat : Rakyat- rakyat pemerintahan Raja
{ 8:21 PG }!