Isnin, 23 Ogos 2010
PUSARAN Tema- Kasih sayang yang begitu mendalam dan sukar untuk dipecah- beraikan kerana terpupuknya pemahaman hati dan jiwa antara dua insan, ibarat labah- labah cinta kepada telurnya.
- Ini dapat dilihat oleh perlakuan Junid dan Pusaran antara satu sama lain kerana mereka berdua begitu erat sekali sehinggakan boleh dikatakan ibarat kuku dan isi, susah untuk dipisahkan. Mereka pun seperti sikap pasangan kembar; di mana kalau satu sakit, manakala lagi satu pun turut sakit. Apabila satu berunsur pulih, manaka lagi satu pun turut pulih.
Persoalan- persoalan- Persahabatan itu tidak semestinya berkhusus dengan manusia sahaja.
- Keprihatinan ibubapa terhadap anaknya.
- Pemikiran sempit masyarakat kampung bahawa pelajaran tidak perlu hingga ke menara gading.
- Permintaan seorang anak seringkali ditunaikan oleh ibubapa disebabkan sayang.
- Sebuah pendirian itu harus disetujui semua dan berfikiran sepakat supaya tidak mengancam keadaan di sekeliling.
Nilai- nilai- Persahabatan itu tidak semestinya dengan manusia sahaja.
- Perundingan itu penting dalam melaksanakan apapun.
Perwatakan
-
Junid - Seorang budak yang berumur kira- kira enam tahun.
- Penyayang, terutama sekali kepada Pusaran
- Suka mendesak ayahnya Mohsin demi keselamatan Pusaran.
-
Pusaran - Seekor lembu yang tambun.
- Manja, selalu bermain dengan Junid yang selalu menggosok- gosok lehernya itu.
- Tidak patuh kepada perintah, Junid akan memukulnya dengan perlahan kerana makan padi orang tua atau masuk ke kandang agak lambat.
- Memahami perasaan tuannya dan tahu membalas kasih sayang manusia.
-
Mohsin dan Musalmah
- Ibubapa kepada Junid.
- Cepat mengalah, ibarat kerbau yang dicucuk hidungnya.
- Prihatin tentang kesihatan anaknya.
- Bersikap ragu- ragu dan curiga apabila Junid bersama Pusaran dan begitu bahagia.
Latar
-
-
Tempat:-
- Kampung Melayu
- Kandang Pusaran
- Masjid dan sekolah Junid
-
Masa:-- Mungkin sediakala; tidak diterangkan.
{ 6:31 PG }!