Selasa, 17 Ogos 2010
RAJA BERSIUNGRaja sedang dihadap oleh orang besar sekalian dan musykil tentang gigi siungnya yang sedang tumbuh. Menteri berpendapat bahawa suing itu mungkin berpunca daripada makanan kegemaran raja iaitu gulai lecek yang bertumis. Pada suatu hari, gerau sedang memasak gulai lecek bertumis apabila tersiat jarinya menyebabkan darah mengalir keluar sewaktu memasak. Gerau pun membaluti lukanya tetapi tidak sedar bahawa darahnya masih menitik masuk ke dalam hidangan raja, lalu ia menjadi sebati dengan makanan kegemaran raja. Raja pun santap lalu memuji tentang kelazatan yang berbeza terhadap gulai lecek bertumis itu dan bertanya kepada gerau tentang masakan itu. Gerau menjadi takut tetapi tetap memberitahu perkara yang sebenar. Raja pun menitahkan supaya mendapatkan darah yang akan dibubuh sendiri oleh raja sewaktu gerau memasak gulai lecek itu dan benar, gulai lecek itu menjadi lebih lezat. Raja pun semakin hari semakin suka akan dengan darah manusia yang akan dibubuhkan dengan gulai leceknya sehinggakan habis semua banduan dibunuh dan hati mereka turut jadi santapan raja bersiung. Raja bersiung pun lalu menarik perhatian Kampar, seorang yang mahir jadi- jadian lalu pergi berdepan dengan raja. Kampar menukar kepada babi, ular tedung dan juga harimau untuk menewaskan raja tetapi diusir keluar daripada istana oleh rakyat dan menteri. Menteri keempat pun melahirkan keinginan untuk mengusir raja kerana sifat tidak berperi kemanusiaan dan dengan kata sepakat oleh semua orang termasuk isteri raja, maka mereka pun mengusir raja keluar. Raja bersiung pun terus berlari ke dalam hutan untuk melarikan diri. Raja bersiung pun hanya bekerja siang malam melainkan dipanggil untuk makan oleh orang dusun yang menjadi tuannya setelah diusir keluar oleh rakyatnya..
Nilai- nilai
- Keadilan dalam menangani masalah
- Keberanian untuk melakukan sesuatu yang benar
- Kesetiaan kepada orang atasan walau apapun
- Kerjasama dalam membuat sesuatu seperti ‘bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat’
Watak- watak- Raja Bersiung : zalim , tamak , tidak berperi kemanusiaan , pandai bertaruh nyawa
- Gerau : pengecut , taat , leka , berkata benar
- Kampar: berani , gagah , mahir dalam ilmu jadi- jadian
Latar- Tempat : Istana , hutan
- Masa : sewaktu pemerintahan raja dan ‘feudal system’ dipraktikkan
- Masyarakat : Rakyat- rakyat pemerintahan Raja
{ 8:17 PG }!